Makyung Anak Raja Panah, mengisahkan tentang anak raja iaitu Anak Raja Panah yang ingin meminang seorang puteri raja yang cantik menawan dari kerajaan Car Perang Gelombang Peran Alun 9 Gelombang 1 yang bernama Puteri Cermin Cina.
Beliau telah mengarahkan balang-balangnya untuk pergi mengadap Tok Raja Sinar Mentari untuk meminang puteri itu. Dalam perjalanan mereka ke sana, mereka telah diserang oleh Gagak Putih Gelana Merah. Dalam 5 orang baling itu hanya baling bongsu sahaja yang terselamat dari tercedera dek cakaran Gagak Putih Gelana Merah itu.
Kemudian Balang Bongsu telah mengkhabarkan kepada Anak Raja Panah tentang perihal Gagak Putih Gelana Merah itu dan kemudian Anak Raja Panah dan pengasuh-pengasuhnya itu bersama Balang Bongsu telah pergi bersama-sama menuju ke Negeri Car Perang Gelombang Peran Alun 7 untuk merisik puteri Cermin Cina.
Anak Raja Panah telah berjaya menghapuskan Gagak Putih Gelana Merah tetapi keinginannya masih tetap terhalang dengan kehadiran Anak Raja Cina sebagai tunang lanang kepada Puteri Cermin Cina. Namun Anak Raja Panah dan rombongannya tetap meneruskan perjalanannya untuk memenuhi hasratnya yang satu itu.