PETA – Inspirasi Karyawan Muda (2012)

Sinopsis

Penilaian Tahun Akhir Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan 2012, bagi Ijazah Sarjana Muda Tari dengan Kepujian (Persembahan). Pelajar dinilai: Muhd Fairul Azreen bin Mohd Zahid, Rizianah John, Melinda Kwong Mei Kuan, Rabiatul Adawiah binti Abdul Wahid, Shaikh Hasrul Hafiz bin Shaikh Anuar.

Info Produksi:

  • Syarikat Produksi / Persembahan:ASWARA Malaysia
  • Tarikh:8 Jun 2012
  • Jumlah Pementasan:1
  • Tempat Pementasan:Panggung Eksperimen
  • Negeri:Kuala Lumpur

Item Tarian Individu

Item #1

  • Tajuk:Klasikal Ballet Excerpts from “Le Corsaire”
  • Sinopsis Item / Nota Program:

    Carrad bersama rakan-rakan tersasar di pantai sewaktu belayar dan tiba di sebuah tempat bernama Turkish Bazaar. Aktiviti paling utama di tempat itu adalah urusan jual hamba. Tiba-tiba, Lankandem, lelah datang dan menperkenalkan beberapa hambanya yang cantik dan menawan, terutamanya Medara. Carrad dan Medara saling jatuh cinta antara satu sama lain. Tetapi, Lankandem tidak membenarkan mereka bersama kerana Carrad tidak mempunyai duit untuk membeli Medara. Lankandem membawa Medara keluar dari Bazzar. Dengan keadaan marah Carrad mengarahkan kawan-kawannya mencari Medara.

  • Koreografer:Dr. Joseph Gonzales, Fairul Zahid
  • Kategori:Classical ballet
  • Penari:Mohd Fairul Azreen bin Mohd Zahid, Chay Yueh, Wai Ying, Mohd Fauzi Amirudin, Azizi Mansor, Kishore Kumar, Alisya Razman, Pelajar Tahun 1 Diploma
  • Maklumat Lain:

    Advisor: Dr. Joseph Gonzales

Item #2

  • Tajuk:The Moon Pearl
  • Sinopsis Item / Nota Program:

    Diadaptasi daripada sebuah novel yang bertajuk The Moon Pearl yang menceritakan situasi di negara China pada abad ke-19 iaitu perkahwinan adalah ditentukan oleh ibu bapa. Kisahnya bermula di sebuah kampung di selatan China dimana perempuan yang berusia sekitar 8 hingga 12 tahun akan dihantar ke sebuah “Rumah Perempuan” untuk mempelajari adat istiadat yang bertujuan untuk menjadi suri rumah dan menantu yang baik. Akan tetapi, beberapa perempuan tidak mengikuti perkahwinan yang ditentukan oleh ibu bapa. Oleh itu, mereka bersumpah kepada Guanyin untuk tidak berkahwin sepanjang hayat. Walaupun mereka dipandang hina oleh penduduk kampung, mereka tetap berpegang kepada pendirian dan keputusan yang telah dibuat.

     

  • Koreografer:Wong Kit Yaw
  • Kategori:Chinese dance
  • Penari:Rizianah John, Melinda Kwong Mei Kwan, Hazra Ghazali, Christine Chew, Yang Mardhiah, Sabarin Nadia, Wan Nurul Alhifah, Ervina Nishahticah, Tan Hui Chein, Nurul Elyna, Mohd Azli, Amirul Fahmi, Mohd Alla, Hong Xi Fan
  • Maklumat Lain:

    Advisor: Wong Kit Yaw
    Original Author of “The Moon Pearl”: Ruthanne Lum McCunn

Item #3

  • Tajuk:Ruas
  • Sinopsis Item / Nota Program:

    Dari pusar selusuh alam

    Naik ke langit jadi helang

    Turun ke bumi menjadi embun

    Batu jadi ke besi

    Besi tu besi ni

    Jaga kiri jaga kanan

    Jaga depan jaga belakang

    Jaga atas jaga bawah

    Tujuh berlapik batu hambar

    Berteguh berdau duga

    Telunjuk satu mendongak atas

    Setapak melangkah

    Mata merenung mata burung

    Mulut terkunci

    Tingkah bersambung

    – MOHD KAMARULZAMANTAB (CHE KEM)

  • Koreografer:Shafirul Azmi Bin Suhaimi, Mawlid Zaenie Bin Asjhad Zaenie, Rahim Bin Ishak, Mohamad Shamani Bin Hj. Halip
  • Kategori:Silat
  • Penari:Rabiatul Adawiah bt Abdul Wahid, Shaikh Hasrul Hafiz bin Shaikh Anuar, Ray Redzuan, Aniq Bazli, Pangeran Qayyum, Kishore Kumar, Mohd Hadi, Jeny Claire, Sufi Asyraf
  • Maklumat Lain:

    Advisor: Shafirul Azmi Bin Suhaimi

Kredit

  • Pengurus Pentas:Arif Nazri