My Art Memory Project: Imej Laman Penapisan

Penapisan Kesenian dan Kebudayaan di Malaya/Malaysia

Kronologi Penapisan MY Art Memory Project adalah sebuah rekod penapisan seni dan budaya di Malaysia. Setiap entri memberi gambaran tentang penapisan atau kontroversi yang berkaitan dengan budaya dan seni. Semua entri adalah berdasarkan rekod awam atau orang yang terlibat dan/atau saksi. Kronologi ini bukanlah rekod muktamad bagi mana-mana peristiwa.

Setiap entri adalah ringkasan maklumat sahaja, bertujuan untuk memudahkan peristiwa itu didaftarkan dalam rekod awam, dan semoga dapat menggalakkan penyelidikan dan dokumentasi lebih lanjut. Untuk Projek Perintis, kami telah menyenaraikan 55 peristiwa untuk mengaktifkan kronologi ini. Undang-undang, peraturan dan badan-badan pentadbir dan pelaksana yang menapis karya seni akan ditambah dalam Kronologi ini dari semasa ke semasa.

Maklumat yang terdapat dalam Kronologi Penapisan MY Art Memory Project adalah tepat sepanjang pengetahuan kami. Sila hubungi kami jika ada maklumat yang tidak tepat, atau jika anda mempunyai maklumat tambahan atau dokumen yang ingin disumbangkan. Bantu kami mengembangkan arkib yang penting ini dengan menghantar maklumat yang disahkan berkaitan penapisan seni. Sila hubungi kami.